YAKOBUS 5:7-11
YAKOBUS 5:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat. Saudara-saudaraku, janganlah saling bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihakimi oleh Allah. Hakim sudah dekat dan segera datang. Saudara-saudaraku, ingatlah akan nabi-nabi yang bersabda demi nama Tuhan. Contohilah kesabaran dan ketabahan mereka pada masa menanggung penderitaan. Kami menyebut mereka berbahagia kerana mereka tabah menanggung penderitaan. Kamu telah mendengar kisah tentang kesabaran Ayub, dan kamu tahu bagaimana Tuhan memberkati dia pada akhirnya. Hal itu berlaku kerana Tuhan berbelas kasihan dan baik hati.
YAKOBUS 5:7-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu sabarlah kiranya saudara saudara sampie kadatangan Tuhan. Tengoklah, orang ladang itu mŭnantikan buah buahnya yang indah itu deri bumi, maka iya mŭnaroh sabar yang amat lanjut akan dia itu, sahingga ditrimanya hujan sulong dan hujan bongsu. Kamu pun sabarlah, sŭrta tŭtapkanlah hatimu: kŭrna kadatangan Tuhan itu tŭlah hampirlah. Maka janganlah kamu bŭrsungot sa’orang akan sa’orang saudara saudara, supaya jangan kamu kŭlak dihukumkan: maka sŭsungguhnya, hakim itu ada bŭrdiri dimuka pintu. Ambillah, saudara saudaraku akan tuladan sagala nabi nabi, yang tŭlah bŭrkata pada kamu dŭngan nama Tuhan deri hal mŭrasai susah dan sabar. Bahwa sŭsungguhnya kamu bilangkan marika itu slamat yang ada bŭrtahan, bahwa kamu tŭlah mŭnŭngar sabar Ayub itu, dan tŭlah mŭlihat kasudahan pŭrbuatan Tuhan; bahwa Tuhan juga amat sayang sŭrta dŭngan rahmat yang lŭmah lŭmbut.
YAKOBUS 5:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, bersabarlah menanti kedatangan Tuhan. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang bernilai. Dengan sabar dia menanti hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Demikian jugalah kamu harus bersabar. Tabahkanlah hatimu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah hampir tiba. Saudara-saudaraku, janganlah bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihukum. Hakim sedang berdiri di ambang pintu. Saudara-saudaraku, ingatlah nabi-nabi yang bersabda dengan nama Tuhan. Teladanilah kesabaran dan ketabahan mereka menanggung kesengsaraan. Kami mengatakan mereka orang yang diberkati kerana mereka tabah menanggung kesengsaraan. Kamu telah mendengar kisah kesabaran Ayub, dan kamu tahu pada akhirnya Tuhan memberkatinya. Tuhan amat berpengasihan dan penuh belas kasihan.