YAKOBUS 5:17-18
YAKOBUS 5:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Elia pun orang biasa seperti kita. Dia berdoa dengan tekun supaya hujan tidak turun, dan hujan pun tidak turun selama tiga tahun setengah. Kemudian dia berdoa lagi, lalu langit mencurahkan hujan dan tanah mengeluarkan hasilnya.
YAKOBUS 5:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun Ilias itu sa’orang manusia yang sama tabiat dŭngan kami, maka adalah iya mŭminta doa dŭngan yakinnya supaya jangan turon hujan: maka tiadalah turun hujan ka’atas bumi kira kira tiga tahun anam bulan lamanya. Kumdian maka dipintanyalah pula doa, lalu turonlah hujan deri langit, dan bŭrtumbohlah sagala tumboh tumbohan deri bumi.
YAKOBUS 5:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Elia seorang manusia biasa seperti kita. Dia berdoa bersungguh-sungguh supaya hujan tidak turun, maka selama tiga tahun setengah hujan tidak turun di bumi. Selepas itu, dia berdoa lagi, lalu langit menurunkan hujan mencurah-curah dan tanah mengeluarkan hasil.