YAKOBUS 5:1-5
YAKOBUS 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengarlah nasihatku, hai orang kaya! Hendaklah kamu menangis dan meratap, kerana kesengsaraan akan menimpa kamu! Kekayaan kamu akan lenyap dan pakaian kamu akan dimakan gegat. Emas dan perak kamu akan berkarat; karatnya akan menjadi saksi untuk menuduh kamu dan akan membakar habis badan kamu seperti api. Kamu telah menimbun harta di dunia ini yang segera akan berakhir. Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladang kamu. Dengarkanlah sungutan mereka! Orang yang menuai hasil ladang kamu berseru minta tolong dan seruan mereka sudah sampai ke telinga Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Hidup kamu di dunia ini penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Kamu seolah-olah menggemukkan diri untuk hari penyembelihan.
YAKOBUS 5:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
INGATLAH skarang, kamu orang orang kaya, mŭnangis dan mŭraunglah kŭrna chilaka chilakamu yang akan datang ka’atasmu itu. Adapun kakayaan kamu buroklah, dan pakieanmu itutŭlah habis dimakan gŭgat. Maka mas dan perak kamu sudah bŭrkarat, maka karatnya itu kŭlak akan mŭnjadi saksi atasmu, iya kŭlak mŭmakan dagingmu spŭrti api; kamu tŭlah mŭngampongkan pŭrbŭndaharanmu bagie hari kumdian. Maka sŭsungguhnya, upah sagala orang yang bŭkŭrja mŭnuwie ladang kamu, yang tŭlah kamu tahankan, bŭrtriaklah; maka triak marika itu yang tŭlah mŭnuwie itu pun tŭlah masoklah kadalam tŭlinga Tuhan sru skalian alam. Adapun kamu tŭlah hidop dalam lazat diatas bumi, dŭngan kainginan hawa nafsumu, kamu tŭlah mŭnŭmbunkan dirimu spŭrti hari mŭmbantie.
YAKOBUS 5:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah nasihatku, wahai orang kaya. Menangis dan merataplah, kerana kesusahan akan menimpamu. Kekayaanmu akan reput dan pakaianmu dimakan gegat. Emas perakmu akan berkarat, karatnya akan menjadi saksi menuduhmu dan akan menghanguskan tubuhmu seperti api. Kamu telah mengumpulkan harta pada akhir zaman ini. Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta. Hidupmu di dunia ini senang-lenang dalam kemewahan melimpah-limpah. Kamu bagaikan menggemukkan diri untuk hari penyembelihan.