YAKOBUS 4:5-7
YAKOBUS 4:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah anggap ringan ayat Alkitab ini, “Roh yang penuh dengan keinginan keras, ditempatkan oleh Allah dalam diri kita.” Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.” Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.
YAKOBUS 4:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adakah pada sangka kamu kitab Allah itu bŭrkata sia sia, iya itu Roh yang ada dalam diri kami itu inginkan akan kadŭngkian? Tŭtapi Tuhan mŭngurniakan tŭrlebih banyak rahmat, maka deri sŭbab itu katanya, bahwa Allah mŭlawan akan orang chongkak, tŭtapi dikurniakannya rahmatnya kapada orang yang mŭrŭndahkan dirinya. Maka sŭbab itu sŭrahkanlah dirimu kapada Allah, dan lawanlah akan iblis itu, maka iya kŭlak akan lari deripada kamu.
YAKOBUS 4:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Atau kamu menganggap Kitab Suci mengatakan tanpa sebab bahawa Roh yang ditempatkan di dalam diri kita oleh Allah amat mengingini kita. Walaupun demikian, kasih kurnia yang dianugerahkan oleh Allah lebih kuat, maka tersurat dalam Kitab Suci: “Allah menentang orang yang angkuh tetapi memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati.” Oleh yang demikian, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripadamu.