YAKOBUS 4:1-2
YAKOBUS 4:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Dari manakah datangnya semua perkelahian dan pertengkaran yang berlaku antara kamu? Semua itu berasal daripada keghairahan untuk kesenangan hidup, yang sentiasa bertentangan dalam diri kamu. Kamu mengingini sesuatu, tetapi tidak mendapatnya, maka kamu mahu membunuh. Kamu sangat menghendaki sesuatu, tetapi tidak dapat memperolehnya, maka kamu bertengkar dan berkelahi. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini, kerana kamu tidak memintanya daripada Allah.
YAKOBUS 4:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA deri manakah grangan datangnya prang prang dan pŭrkŭliehan itu diantara kamu? maka bukankah datangnya itu deripada hawa nafsu yang bŭrprang dalam sagala anggotamu? Kamu bŭrnafsu, tapi tiada dapat: maka kamu mŭmbunoh, dan bŭrkahandak akan mŭndapat, tiada kamu pŭrulih: maka kamu bŭrkŭlichi dan bŭrprang, tŭtapi tiada juga kamu dapat, ulih sŭbab tiada kamu minta.
YAKOBUS 4:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apakah punca segala pergaduhan dan pertengkaran dalam kalanganmu? Puncanya ialah keinginan hawa nafsu yang sentiasa bergolak dalam dirimu. Kamu berhasrat akan sesuatu tetapi tidak mendapatnya, maka kamu ingin membunuh. Kamu ingin memiliki sesuatu tetapi tidak berjaya, lalu kamu bertengkar dan bergaduh. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini kerana kamu tidak memohonnya daripada Allah.