YAKOBUS 2:24-26
YAKOBUS 2:24-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu, dan bukan hanya kerana imannya. Demikian juga halnya dengan Rahab, wanita pelacur itu. Allah berkenan kepada Rahab kerana perbuatannya. Rahab menyambut pengintip-pengintip Israel dan menolong mereka melarikan diri melalui jalan lain. Oleh itu, sebagaimana tubuh tanpa roh adalah tubuh yang mati, demikian juga iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!
YAKOBUS 2:24-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kamu tengoklah skarang, bahwa sa’orang manusia itu dibŭnarkan deri sŭbab amalnya, dan bukannya sŭbab iman sahja. Dan dŭmkian lagi bukankah Rahab pŭrampuan sundal itu dibŭnarkan deri sŭbab amal, tŭtkala iya mŭnyambut utus utusan, dan disurohnya pula kluar akan dia pada jalan yang lain? Kŭrna spŭrti tuboh itu dŭngan tiada bŭrnyawa matilah, dŭmkian lagi iman itu dŭngan tiada bŭramal matilah juga adanya.
YAKOBUS 2:24-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Nyatalah bahawa seseorang itu diperbenar kerana perbuatannya, bukan imannya semata-mata. Demikian juga dengan Rahab, wanita pelacur itu. Rahab diperbenar kerana perbuatannya ketika dia menyambut pengintip-pengintip Israel dan membantu mereka melarikan diri melalui jalan lain. Tubuh tanpa roh, tubuh yang mati. Begitu jugalah, iman tanpa perbuatan, iman yang mati.