YAKOBUS 2:21-22
YAKOBUS 2:21-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Abraham? Allah berkenan kepada Abraham kerana perbuatan Abraham, iaitu mempersembahkan Ishak, anaknya di atas mazbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Abraham menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Abraham menjadi sempurna.
YAKOBUS 2:21-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bukankah Ibrahim bapa kami itu tŭlah dibŭnarkan deri sŭbab amalnya, tŭtkala iya tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan Isahak anaknya itu diatas tŭmpat pŭrsŭmbahan itu? Tengoklah angkau bagimana imannya tŭlah bŭrlaku dŭngan amalnya, maka dŭngan amal itu juga iman itu disampornakan.
YAKOBUS 2:21-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bukankah Abraham, moyang kita, diperbenar kerana perbuatannya apabila dia mempersembahkan anaknya Ishak di atas mazbah? Tidak jelaskah kepadamu bahawa Abraham menunjukkan imannya melalui perbuatannya? Dengan demikian, sempurnalah iman Abraham.