YAKOBUS 2:12-13
YAKOBUS 2:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Bercakaplah dan bertindaklah sebagai orang yang akan diadili oleh Allah menurut hukum yang membebaskan manusia. Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.
YAKOBUS 2:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah kata, dŭmkianlah buat, spŭrti orang orang yang dipreksai ulih hukum kabibasan. Kŭrna orang yang tiada mŭnaroh kasihan itu kŭlak akan dihukumkan dŭngan tiada kasihan; adapun kasihan itu tŭrmŭgahlah atas hukum.
YAKOBUS 2:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam perkataan dan tindakanmu, ingatlah bahawa kamu akan diadili berdasarkan hukum-hukum yang membebaskan manusia. Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.