YAKOBUS 2:10-13
YAKOBUS 2:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa yang melanggar salah satu perintah Taurat, melanggar seluruh Taurat. Hal ini demikian, kerana Allah yang berfirman, “Janganlah berzina,” juga berfirman, “Janganlah membunuh.” Oleh itu, meskipun kamu tidak berzina, tetapi jika kamu membunuh, kamu telah melanggar hukum. Bercakaplah dan bertindaklah sebagai orang yang akan diadili oleh Allah menurut hukum yang membebaskan manusia. Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.
YAKOBUS 2:10-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna barang siapa yang mŭmŭgang sagala hukum itu, tŭtapi jikalau iya bŭrsalah dalam suatu pŭrkara sahja, maka iyalah juga sudah bŭrsalah dalam skaliannya itu. Kŭrna hukum yang tŭlah bŭrkata, Janganlah bŭrbuat zinah, katanya pula, Janganlah mŭmbunoh orang, maka jikalau kiranya kamu tiada bŭrbuat zinah, tŭtapi mŭmbunoh orang, kamu tŭlah mŭnjadi orang mŭlalui hukum. Maka dŭmkianlah kata, dŭmkianlah buat, spŭrti orang orang yang dipreksai ulih hukum kabibasan. Kŭrna orang yang tiada mŭnaroh kasihan itu kŭlak akan dihukumkan dŭngan tiada kasihan; adapun kasihan itu tŭrmŭgahlah atas hukum.
YAKOBUS 2:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melanggar satu perintah Taurat bererti melanggar seluruh hukum, kerana Allah yang berfirman, “Jangan berzina,” juga berfirman, “Jangan membunuh.” Dengan demikian, walaupun kamu tidak berzina, namun sekiranya kamu membunuh, maka kamu telah melanggar hukum. Dalam perkataan dan tindakanmu, ingatlah bahawa kamu akan diadili berdasarkan hukum-hukum yang membebaskan manusia. Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.