YAKOBUS 1:5-8
YAKOBUS 1:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang. Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan.
YAKOBUS 1:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun jikalau kiranya barang sa’orang deripada kamu yang korang budi, maka biarlah dipohonkannya itu kapada Allah, yang mŭngurniai kapada sagala manusia dŭngan kabibasannya, dan tiadalah iya mŭnghŭrdikkan; mŭlainkan akan dikurniakannya padanya. Tŭtapi biarlah iya mŭmohonkan itu dŭngan iman, janganlah dŭngan gondah, kŭrna orang yang mŭnaroh gondah itu, iya itu spŭrti ombak dilaut yang ditolakkan ulih angin sŭrta digonchang gonchangkannya. Maka janganlah orang itu mŭnyangkakan, bahwa iya akan mŭnŭrima barang apa deripada Tuhan. Adapun orang yang ingatan bŭrchabang itu iya tiada tŭtap dalam sagala jalannya.
YAKOBUS 1:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu.