YAKOBUS 1:2-18
YAKOBUS 1:2-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun. Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang. Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan. Orang Kristian yang miskin haruslah gembira apabila Allah meninggikan mereka. Orang Kristian yang kaya haruslah gembira apabila Allah merendahkan mereka, kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga rumput. Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka. Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. Jika seseorang tergoda semasa mengalami cubaan seperti itu, dia tidak boleh berkata, “Godaan ini datangnya daripada Allah.” Hal ini demikian kerana Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Allah sendiri tidak menggoda orang. Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat. Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian. Janganlah kamu tertipu, saudara-saudara yang aku kasihi! Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun. Dengan kehendak-Nya sendiri Dia menjadikan kita melalui firman-Nya yang benar. Itulah sebabnya kita mendapat kedudukan yang utama antara semua makhluk ciptaan-Nya.
YAKOBUS 1:2-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Saudara saudaraku, bilangkanlah kiranya kasukaan bŭsar adanya, apabila kamu jatoh dalam bŭrbagie bagie pŭrchobaan. Sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa pŭrchobaan imanmu itu mŭndatangkan sabar. Tŭtapi biarlah kiranya sabar itu mŭnyampornakan lakunya, supaya kamu kŭlak mŭnjadi samporna dan langkap, suatu pun tiada bŭrkurangan. Adapun jikalau kiranya barang sa’orang deripada kamu yang korang budi, maka biarlah dipohonkannya itu kapada Allah, yang mŭngurniai kapada sagala manusia dŭngan kabibasannya, dan tiadalah iya mŭnghŭrdikkan; mŭlainkan akan dikurniakannya padanya. Tŭtapi biarlah iya mŭmohonkan itu dŭngan iman, janganlah dŭngan gondah, kŭrna orang yang mŭnaroh gondah itu, iya itu spŭrti ombak dilaut yang ditolakkan ulih angin sŭrta digonchang gonchangkannya. Maka janganlah orang itu mŭnyangkakan, bahwa iya akan mŭnŭrima barang apa deripada Tuhan. Adapun orang yang ingatan bŭrchabang itu iya tiada tŭtap dalam sagala jalannya. Maka biarlah kiranya saudara yang dalam hal miskin itu, bŭrgŭmarlah sŭbab iya tŭlah ditinggikan. Tŭtapi saudara yang kaya itu, sŭbab iya dirŭndahkannya: kŭrna spŭrti bunga rŭmput adanya, iya kŭlak akan lŭnyap. Kŭrna matahari itu sŭrta iya tŭrbit dŭngan panas kras, dilayukanlah akan rŭmput itu, maka bunganya itu pun gugorlah, dan kaelokkan rupanya pun hilanglah: maka dŭmkianlah juga adanya orang kaya itupun akan layu dalam halnya. Bŭrbahgialah kiranya bagie orang yang mŭnahan akan pŭrchobaan: kŭrna apabila iya sudah dichobai, iya kŭlak akan mŭnŭrima mahkota slamat yang tŭlah dijanjikan Tuhan kapada sagala orang yang mŭngasihi akan dia. Sa’orang pun janganlah bŭrkata apabila iya dichobai, aku dichobai ulih Tuhan; kŭrna Allah itu tiada bulih dichobai dŭngan kŭjahatan, maka tiada pula iya mŭnchobai barang sa’orang. Tŭtapi sagala orang dichobai itu apabila iya digrakkan ulih hawa nafsunya sŭndiri sampie tŭrtangkap. Maka sŭtlah itu apabila kainginan itu sudah mŭngandong, kumdian dipranakannyalah dosa; maka dosa, apa bila sudah gŭnap, maka dipranakkannyalah maut. Maka janganlah salah saudara saudara yang kukasih; Adapun tiap tiap pŭmbrian yang baik, dan tiap tiap pŭmbrian yang samporna, iya itu datangnya deri atas, dan turon deripada Ayah yang ampunya trang, maka bagienya itu tiada barang kaubahan, atau bayang bayang pŭrtukaran. Maka dŭngan kahandaknya sŭndiri juga iya tŭlah mŭmpranakan kami dŭngan pŭrkataan yang bŭnar, supaya kami mŭnjadi suatu macham buah buah bungaran deripada kajadiannya.
YAKOBUS 1:2-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun. Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu. Saudara yang hidup dalam keadaan sederhana patut bermegah dengan kedudukannya yang tinggi. Orang yang kaya pula patut bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput. Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan rumput itu layu sehingga bunganya gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya. Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, “Godaan ini datang daripada Allah.” Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terperdaya. Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya. Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.