YAKOBUS 1:19-21
YAKOBUS 1:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudara yang aku kasihi! Kamu tahu bahawa setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perkara baik, yang menyenangkan hati Allah. Oleh itu, buanglah segala kebiasaan buruk dan kelakuan yang jahat. Berserahlah kepada Allah dan terimalah firman yang ditanam-Nya di dalam hati kamu, kerana firman itu dapat menyelamatkan kamu.
YAKOBUS 1:19-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, biarlah masing masing orang itu pantas akan mŭnŭngar, dan lambat akan bŭrkata kata, dan lambat pula akan amarah: Kŭrna kamarahan manusia itu tiadalah mŭngadakan kabŭnaran Allah. Sŭbab itu handaklah kamu mŭnolakkan sŭblah sagala kachŭmaran, dan kalempahan kajahatan, sŭrta mŭnŭrima dŭngan lŭmbut hati akan pŭrkataan yang digambari itu, yang chakap mŭmbri slamat akan jiwamu.
YAKOBUS 1:19-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah. Oleh itu, kikislah segala tabiat buruk dan kelakuan jahat. Kemudian terimalah firman yang disemaikan-Nya ke dalam hatimu dengan rendah hati, kerana firman itu dapat menyelamatkanmu.