YAKOBUS 1:18-20
YAKOBUS 1:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengan kehendak-Nya sendiri Dia menjadikan kita melalui firman-Nya yang benar. Itulah sebabnya kita mendapat kedudukan yang utama antara semua makhluk ciptaan-Nya. Saudara-saudara yang aku kasihi! Kamu tahu bahawa setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perkara baik, yang menyenangkan hati Allah.
YAKOBUS 1:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭngan kahandaknya sŭndiri juga iya tŭlah mŭmpranakan kami dŭngan pŭrkataan yang bŭnar, supaya kami mŭnjadi suatu macham buah buah bungaran deripada kajadiannya. Maka sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, biarlah masing masing orang itu pantas akan mŭnŭngar, dan lambat akan bŭrkata kata, dan lambat pula akan amarah: Kŭrna kamarahan manusia itu tiadalah mŭngadakan kabŭnaran Allah.
YAKOBUS 1:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya. Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah. Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah.