YAKOBUS 1:1-11

YAKOBUS 1:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus. Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun. Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang. Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan. Orang Kristian yang miskin haruslah gembira apabila Allah meninggikan mereka. Orang Kristian yang kaya haruslah gembira apabila Allah merendahkan mereka, kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga rumput. Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka.

YAKOBUS 1:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA sŭlam doa Yakob, iya itu sa’orang hamba Allah, dan Tuhan Isa Almasih, datang kapada dua blas suku bangsa orang Israil yang bŭrchŭrie bŭrie. Saudara saudaraku, bilangkanlah kiranya kasukaan bŭsar adanya, apabila kamu jatoh dalam bŭrbagie bagie pŭrchobaan. Sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa pŭrchobaan imanmu itu mŭndatangkan sabar. Tŭtapi biarlah kiranya sabar itu mŭnyampornakan lakunya, supaya kamu kŭlak mŭnjadi samporna dan langkap, suatu pun tiada bŭrkurangan. Adapun jikalau kiranya barang sa’orang deripada kamu yang korang budi, maka biarlah dipohonkannya itu kapada Allah, yang mŭngurniai kapada sagala manusia dŭngan kabibasannya, dan tiadalah iya mŭnghŭrdikkan; mŭlainkan akan dikurniakannya padanya. Tŭtapi biarlah iya mŭmohonkan itu dŭngan iman, janganlah dŭngan gondah, kŭrna orang yang mŭnaroh gondah itu, iya itu spŭrti ombak dilaut yang ditolakkan ulih angin sŭrta digonchang gonchangkannya. Maka janganlah orang itu mŭnyangkakan, bahwa iya akan mŭnŭrima barang apa deripada Tuhan. Adapun orang yang ingatan bŭrchabang itu iya tiada tŭtap dalam sagala jalannya. Maka biarlah kiranya saudara yang dalam hal miskin itu, bŭrgŭmarlah sŭbab iya tŭlah ditinggikan. Tŭtapi saudara yang kaya itu, sŭbab iya dirŭndahkannya: kŭrna spŭrti bunga rŭmput adanya, iya kŭlak akan lŭnyap. Kŭrna matahari itu sŭrta iya tŭrbit dŭngan panas kras, dilayukanlah akan rŭmput itu, maka bunganya itu pun gugorlah, dan kaelokkan rupanya pun hilanglah: maka dŭmkianlah juga adanya orang kaya itupun akan layu dalam halnya.

YAKOBUS 1:1-11

YAKOBUS 1:1-11 BMYAKOBUS 1:1-11 BMYAKOBUS 1:1-11 BM