YESAYA 9:1-3
YESAYA 9:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang. Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar, Engkau membahagiakan mereka. Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu, seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, atau membahagi-bahagikan barang jarahan. Engkau sudah mengambil beban mereka yang berat, dan kayu pikulan dari bahu mereka. Engkau telah mengalahkan bangsa yang menindas dan memperdaya umat-Mu, sebagaimana Engkau mengalahkan tentera Midian dahulu kala.
YESAYA 9:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Meskipun begitu, tidak akan ada lagi kesuraman bagi mereka yang dahulu berada dalam kesusahan. Pada zaman dahulu Dia memandang rendah Tanah Zebulon dan Tanah Naftali, tetapi pada kemudian hari Dia akan memuliakan jalan dekat laut di seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing. Bangsa yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut, cahaya telah bersinar. Engkau melipatgandakan jumlah bangsa itu, Engkau memperbesar sukacita mereka. Mereka bersukacita di hadapan-Mu, seperti orang bersukacita pada musim menuai, seperti orang bergembira apabila membahagi-bahagikan jarahan