YESAYA 66:12-14
YESAYA 66:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Aku akan memberi kamu kemakmuran yang berterusan. Kekayaan negeri-negeri lain akan mengalir ke negerimu seperti sungai yang tidak pernah kering. Kamu akan menjadi seperti anak yang disusui oleh ibunya, yang didukung dan dikasihi. Aku akan menghibur kamu di Yerusalem, seperti ibu menghibur anaknya. Apabila kamu melihat kejadian itu, kamu akan bersukacita. Kamu akan berkembang subur seperti rumput. Barulah kamu tahu bahawa Aku, TUHAN menolong orang yang taat kepada-Ku, dan Aku menunjukkan kemurkaan terhadap musuh-Ku.”
YESAYA 66:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beginilah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan mengalirkan kepadanya kedamaian seperti sungai, dan kekayaan bangsa-bangsa seperti sungai yang meluap-luap. Kamu akan menyusu, digendong, dan dibelai-belai di pangkuannya. Seperti seorang yang dihiburkan oleh ibunya, demikianlah Aku akan menghiburkan kamu. Kamu akan dihiburkan di Yerusalem.” Apabila kamu melihatnya, hatimu akan bergirang, tulang-tulangmu akan berkembang seperti rumput muda. Kuasa TUHAN akan dinyatakan kepada hamba-hamba-Nya, dan murka-Nya kepada musuh-musuh-Nya.