YESAYA 61:1-3
YESAYA 61:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Roh Tuhan ALLAH ada padaku, kerana TUHAN telah mengurapi aku untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas. Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur, untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan dan kelepasan bagi para tahanan; untuk mengisytiharkan tahun keredaan TUHAN dan hari pembalasan Allah kita; untuk menghiburkan semua yang berkabung; untuk memberi orang yang berkabung di Sion, ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar. Mereka akan disebut “Pokok oak perbenaran,” yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.
YESAYA 61:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kuasa TUHAN Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara. Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka, untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh TUHAN sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.