YESAYA 60:1-3
YESAYA 60:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem, kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang; TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya. Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan, tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu; cahaya hadirat-Nya akan menerangimu. Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
Kongsi
Baca YESAYA 60YESAYA 60:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Bangkitlah, bersinarlah, kerana terangmu sudah datang dan kemuliaan TUHAN terbit atasmu. Sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi dan kelam pekat menutupi bangsa-bangsa, tetapi TUHAN akan menyinari engkau dan kemuliaan-Nya akan menjadi nyata bagimu. Bangsa-bangsa akan datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.
Kongsi
Baca YESAYA 60