YESAYA 6:5-8
YESAYA 6:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!” Kemudian salah satu makhluk itu terbang turun kepadaku, membawa bara yang diambilnya dari mazbah dengan sepit. Dia menyentuh bibirku dengan bara itu sambil berkata, “Bara ini telah menyentuh bibirmu. Oleh itu, kesalahanmu sudah dihapuskan, dan dosamu pun sudah diampunkan.” Kemudian aku mendengar Tuhan berfirman, “Siapakah yang akan Kuutus? Siapa akan menjadi utusan kita?” Aku menjawab, “Inilah aku. Utuslah aku!”
YESAYA 6:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu kataku, “Malangnya aku! Aku binasa! Sebabnya aku seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir. Namun demikian, mataku telah melihat Sang Raja, TUHAN alam semesta!” Kemudian satu daripada para malaikat serafim itu terbang ke arahku dengan membawa bara api yang diambilnya dengan penyepit dari atas mazbah. Lalu disentuhinya bara itu pada mulutku dan berkata, “Lihat, ini telah menyentuh bibirmu, maka kesalahanmu telah dihapuskan dan dosamu telah diampunkan.” Setelah itu, kudengar suara Tuhan berfirman, “Siapakah yang akan Kuutus? Siapakah yang mahu pergi bagi kita?” Maka kataku, “Ini aku, utuslah aku!”