YESAYA 6:4-5
YESAYA 6:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap. Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!”
YESAYA 6:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka bergoyanglah alas ambang pintu kerana suara malaikat yang berseru itu, dan Bait itu pun dipenuhi asap. Lalu kataku, “Malangnya aku! Aku binasa! Sebabnya aku seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir. Namun demikian, mataku telah melihat Sang Raja, TUHAN alam semesta!”