YESAYA 59:14-15
YESAYA 59:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Hukum yang adil telah disingkirkan dan keadilan dijauhkan. Kejujuran dipandang rendah di tempat-tempat umum, dan ketulusan diketepikan. Tiada lagi orang yang jujur sehingga sesiapa yang menjauhi kejahatan menjadi mangsa kejahatan.” TUHAN nampak semuanya; Dia murka kerana tiada keadilan lagi.
YESAYA 59:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Keadilan dipukul mundur dan kebenaran berdiri jauh-jauh. Sungguh, kebenaran tersandung di tempat umum dan kejujuran tidak dapat masuk. Kebenaran telah hilang. Orang yang menjauhkan diri daripada kejahatan menjadikan dirinya korban jarahan. TUHAN melihat hal itu dan Dia tidak berkenan, bahawa tidak ada keadilan.