YESAYA 58:4-5
YESAYA 58:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Puasa kamu menyebabkan kamu ganas; kamu bergaduh dan bertengkar. Jangan sangka puasa seperti itu akan menggerakkan hati-Ku untuk mendengarkan doa-doa kamu. Apabila berpuasa, kamu menyeksa diri. Kamu menundukkan kepala seperti daun rumput yang runduk. Kamu berbaring di atas kain guni dan abu. Itukah yang kamu sebut puasa? Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan perbuatan kamu itu?
YESAYA 58:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, kamu berpuasa hanya untuk berbantah, bertengkar, dan bertumbuk dengan tinju kefasiqan. Puasa seperti yang kamu lakukan hari ini tidak akan membuat suaramu didengar di tempat tinggi. Beginikah puasa yang Kukehendaki, suatu hari bagi seseorang untuk merendahkan diri, menundukkan kepalanya seperti gelagah, dan menghamparkan kain kabung dan abu sebagai alas tidurnya? Inikah yang kausebut puasa, suatu hari yang TUHAN berkenan?