YESAYA 58:13-14
YESAYA 58:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Jika kamu merayakan hari Sabat sebagai hari yang suci, dan tidak mementingkan hal sendiri pada hari itu; jika kamu menghargai hari-Ku yang suci dan menghormatinya dengan tidak berpergian pada hari itu, tidak bekerja, dan tidak bercakap kosong, maka kamu akan berbahagia kerana mengabdi kepada-Ku. Aku akan menyebabkan kamu dihormati di seluruh dunia, dan kamu akan menikmati hasil negeri yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu, Yakub. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
YESAYA 58:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jika engkau tidak lagi menginjak-injak hari Sabat dan melakukan kehendakmu sendiri pada hari-Ku yang suci itu, jika engkau menyebut hari Sabat ‘hari kesenangan,’ hari suci TUHAN ‘hari mulia,’ dan jika engkau menghormatinya dengan tidak melakukan kegiatan-kegiatanmu sendiri atau mencari kesenanganmu sendiri serta berkata-kata semahumu, maka engkau akan bersenang-senang kerana TUHAN. Aku akan membuat engkau berkenderaan di atas tempat-tempat tinggi di bumi, dan Aku akan memberi engkau makan daripada harta pusaka Yakub, nenek moyangmu, kerana TUHAN sendiri telah berfirman.”