YESAYA 58:1-9
YESAYA 58:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Berserulah kuat-kuat, jangan ditahan-tahan! Nyaringkanlah suaramu seperti sangkakala! Kemukakanlah pelanggaran-pelanggaran umat-Ku kepada mereka dan kepada keturunan kaum Yakub dosa-dosa mereka! Mereka memang mencari hadirat-Ku hari demi hari dan suka mengetahui jalan-jalan-Ku. Seolah-olah bangsa yang melakukan kebenaran dan tidak mengabaikan peraturan-peraturan Allahnya; mereka bertanya kepada-Ku tentang peraturan-peraturan yang benar, mereka suka menghadap Allah. Kata mereka, ‘Untuk apa kami berpuasa, padahal Engkau tidak melihatnya? Untuk apa kami merendahkan diri, padahal Engkau tidak memperhatikannya?’ Sesungguhnya, pada hari puasamu kamu mencari kesenangan sendiri dan menindas semua pekerjamu. Sesungguhnya, kamu berpuasa hanya untuk berbantah, bertengkar, dan bertumbuk dengan tinju kefasiqan. Puasa seperti yang kamu lakukan hari ini tidak akan membuat suaramu didengar di tempat tinggi. Beginikah puasa yang Kukehendaki, suatu hari bagi seseorang untuk merendahkan diri, menundukkan kepalanya seperti gelagah, dan menghamparkan kain kabung dan abu sebagai alas tidurnya? Inikah yang kausebut puasa, suatu hari yang TUHAN berkenan? Bukan begitu. Bukankah puasa yang Kukehendaki adalah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kefasiqan dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau melepaskan orang yang tertindas sebagai orang merdeka dan mematahkan setiap kuk? Bukankah supaya engkau berkongsi rotimu dengan orang lapar dan membawa orang miskin yang terbuang ke rumahmu — apabila engkau melihat orang telanjang, engkau memberi dia pakaian, dan tidak menyembunyikan diri daripada darah dagingmu sendiri? Maka barulah terangmu akan merekah seperti fajar dan kesembuhanmu akan datang dengan segera. Perbenaranmu akan berjalan di hadapanmu dan kemuliaan TUHAN akan menjadi penutup barisanmu. Pada waktu itulah engkau akan berseru dan TUHAN akan menjawab, engkau akan berteriak meminta tolong dan Dia akan berfirman, ‘Ini Aku!’ Jika engkau menyingkirkan dari tengah-tengahmu kuk, jari yang menuding-nuding, dan perkataan yang jahat
YESAYA 58:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Beritahulah umat-Ku, orang Israel tentang dosa mereka! Mereka menyembah Aku setiap hari dan mengaku bahawa mereka berhasrat mengenal Aku serta mematuhi hukum-Ku. Mereka berkata bahawa mereka mahu Aku memberi mereka hukum yang adil, dan bahawa mereka suka menyembah Aku.” Umat itu bertanya, “Apa gunanya kita berpuasa jika TUHAN tidak melihatnya? Mengapakah kita harus menahan diri daripada makanan jika Dia tidak memperhatikannya?” TUHAN berfirman kepada mereka, “Ketika kamu berpuasa, kamu mementingkan hal sendiri dan menindas pekerja-pekerja kamu. Puasa kamu menyebabkan kamu ganas; kamu bergaduh dan bertengkar. Jangan sangka puasa seperti itu akan menggerakkan hati-Ku untuk mendengarkan doa-doa kamu. Apabila berpuasa, kamu menyeksa diri. Kamu menundukkan kepala seperti daun rumput yang runduk. Kamu berbaring di atas kain guni dan abu. Itukah yang kamu sebut puasa? Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan perbuatan kamu itu? Inilah puasa yang Aku kehendaki: tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang tertindas. Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar, dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh, ke dalam rumah kamu. Berikanlah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian, dan jangan tolak sanak saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan. Maka cahaya kamu akan bersinar seperti fajar merekah, dan luka-luka kamu akan segera sembuh. Aku akan sentiasa menyertai kamu untuk menyelamatkan kamu. Hadirat-Ku akan melindungi kamu di setiap sudut. Apabila kamu berdoa, Aku akan mengabulkan doa kamu dan apabila kamu memanggil Aku, Aku akan menjawab. Jika kamu menghentikan penindasan dan penghinaan terhadap orang lain, serta segala kata-kata fitnah