YESAYA 5:8-12
YESAYA 5:8-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Malanglah kamu! Kamu membeli rumah dan ladang untuk menambah milik kamu. Tidak lama lagi habislah tempat tinggal bagi orang lain. Kamu sahaja yang akan menduduki negeri itu. Aku mendengar TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Semua rumah yang besar dan indah ini akan menjadi reruntuhan tanpa penghuni. Pokok-pokok anggur yang tumbuh di tanah seluas sepuluh hektar akan menghasilkan lapan liter wain sahaja. Seratus lapan puluh liter benih hanya akan menghasilkan lapan belas liter gandum.” Malanglah kamu! Kamu bangun pagi-pagi dan mula minum minuman keras. Lalu kamu mabuk sehingga larut malam. Dalam pesta-pesta kamu ada bunyi kecapi, gambus, tamburin, dan seruling, dan juga minuman wain, tetapi kamu tidak tahu akan apa yang sedang dilakukan oleh TUHAN.
YESAYA 5:8-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Malangnya orang yang merampas rumah demi rumah dan meraup ladang demi ladang, sehingga tidak ada lagi tempat tersisa dan hanya kamu yang tinggal di tengah-tengah negeri itu. TUHAN alam semesta, berfirman tepat pada pendengaranku, “Sesungguhnya, banyak rumah akan menjadi sunyi. Rumah-rumah yang besar dan indah tidak akan berpenghuni. Kebun anggur seluas sepuluh pembajakan hanya akan menghasilkan satu bat anggur, dan satu homer benih hanya akan menghasilkan satu efa gandum.” Malangnya mereka yang bangun pagi-pagi untuk mencari minuman keras, dan yang membuang masa sampai malam untuk menghangatkan diri dengan air anggur! Kecapi, gambus, rebana, seruling, dan air anggur ada dalam jamuan-jamuan mereka, tetapi mereka tidak mengendahkan pekerjaan TUHAN ataupun memperhatikan perbuatan tangan-Nya.