YESAYA 49:14-18
YESAYA 49:14-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi penduduk Yerusalem berkata, “TUHAN telah meninggalkan kita! Dia telah melupakan kita.” Oleh itu TUHAN menjawab, “Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungnya? Sekalipun ibu melupakan anak, Aku tidak akan melupakan kamu. Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu! Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku. Orang yang akan membina kamu semula segera datang, dan mereka yang membinasakan kamu akan segera pergi. Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kamu! Rakyat kamu mula berhimpun, mereka sedang pulang! Demi Aku, Allah yang hidup, Aku berfirman bahawa kamu akan berasa bangga dengan rakyatmu, seperti seorang pengantin perempuan bangga dengan perhiasannya.
YESAYA 49:14-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Sion berkata, “TUHAN telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku.” “Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, dia mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan melupakan engkau! Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku, tembok-tembok kotamu sentiasa ada di hadapan-Ku. Anak-anakmu akan segera datang, tetapi orang yang meruntuhkan dan merosakkan engkau akan keluar daripadamu. Layangkanlah pandangan ke sekeliling dan lihatlah! Mereka semua berkumpul dan datang kepadamu. Demi Aku yang hidup,” demikianlah firman TUHAN, “sungguh, engkau akan mengenakan mereka semua seperti perhiasan dan melilitkannya ke badan seperti seorang pengantin perempuan.