YESAYA 44:6-8
YESAYA 44:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN yang memerintah dan melindungi Israel, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Akulah yang pertama dan yang terakhir, Allah satu-satunya; selain Aku, tiada yang lain. Siapakah dapat melakukan apa yang telah Kubuat? Siapakah dapat meramalkan apa yang akan berlaku sejak permulaan hingga akhir zaman? Janganlah takut, hai umat-Ku! Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarang Aku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku; kamulah saksi-saksi-Ku. Selain Aku, tiada yang lain, dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”
YESAYA 44:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN alam semesta: ‘Akulah yang pertama dan Akulah yang terakhir, tidak ada Allah selain Aku. Siapakah seperti Aku? Biarlah dia mengisytiharkan dakwaannya, menguar-uarkannya, dan memaparkannya kepada-Ku sejak Aku menetapkan umat purbakala itu. Apa yang akan datang dan yang akan terjadi, biarlah dia menghebahkannya! Jangan gentar dan jangan takut. Bukankah sejak dahulu Aku sudah mengkhabarkan dan memberitahu hal itu kepadamu? Kamulah saksi-saksi-Ku. Adakah Allah selain Aku? Tidak ada Batu Pejal yang lain! Tidak Kukenal!’ ”