YESAYA 43:18-21
YESAYA 43:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi TUHAN berfirman, “Jangan ingat akan peristiwa lalu, jangan kenang perkara yang sudah-sudah. Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan. Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya. Aku akan membina jalan di padang gurun, dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir. Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku, serigala dan burung unta akan memuji Aku apabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun, untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku. Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri, mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”

YESAYA 43:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan ingat-ingatkan hal-hal yang dahulu, jangan perhatikan hal-hal yang silam. Lihat, Aku hendak membuat sesuatu yang baru, sekarang hal itu sedang muncul, tidakkah kamu mengetahuinya? Ya, Aku hendak membuat jalan di tanah tandus dan sungai-sungai di gurun. Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku, serigala dan burung unta, kerana Aku mengurniakan air di tanah tandus serta sungai-sungai di gurun untuk memberikan minum umat pilihan-Ku, iaitu umat yang Kubentuk bagi-Ku untuk menceritakan kemasyhuran-Ku.”