YESAYA 41:17-19
YESAYA 41:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air, ketika tekak mereka kering kerana kehausan, Aku, TUHAN akan mengabulkan doa mereka; Aku, Allah Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka. Aku akan menyebabkan sungai mengalir di bukit-bukit yang gondol, dan mata air memancar di lembah-lembah. Aku akan mengubah padang gurun menjadi kolam-kolam air dan air memancar dari tanah yang kering. Di padang gurun Aku akan menumbuhkan pokok sedar, pokok akasia, pokok kemunting, dan pokok zaitun. Tanah yang gondol akan menjadi hutan pokok pain, pokok juniper, dan pokok sipres.
YESAYA 41:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Fakir miskin dan orang sesak mencari air tetapi tidak ada, lidah mereka kering kerana dahaga. Aku, TUHAN, akan menjawab mereka. Allah Israel, tidak akan meninggalkan mereka. Aku akan membuat sungai-sungai memancar di atas bukit-bukit yang gondol, dan mata air di tengah-tengah lembah. Aku akan membuat gurun menjadi kolam air dan tanah tandus menjadi pancaran air. Di tanah tandus Aku akan menanam pokok araz, pokok akasia, pokok murad, dan pokok zaitun. Di gurun Aku akan menumbuhkan pokok sanubar, pokok damar laut, dan pokok pinus sekali gus