YESAYA 38:15-17
YESAYA 38:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apakah yang dapat kukatakan? Dia sudah berfirman kepadaku dan Dia sendiri sudah melakukannya. Aku akan berjalan perlahan-lahan sepanjang usia hidupku, kerana kepahitan jiwaku. Ya Tuhan, oleh hal-hal tertentu manusia hidup, dan oleh semua itu pula rohku hidup. Sembuhkanlah aku dan hidupkanlah aku. Sesungguhnya, kepahitan yang dalam mendatangkan kesejahteraan bagiku. Kerana kasih-Mu kepada jiwaku, Engkau telah melepaskannya daripada lubang kebinasaan. Engkau telah melemparkan segala dosaku ke belakang-Mu.
YESAYA 38:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Apakah yang dapat kukatakan? TUHAN telah melakukannya. Hatiku pedih dan aku tidak dapat lena. Ya Tuhan, aku rela hidup untuk-Mu, dan untuk-Mu sahaja. Sembuhkanlah aku dan biarlah aku hidup. Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman. Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya; Engkau mengampunkan segala dosaku.