YESAYA 38:13-16
YESAYA 38:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Sepanjang malam aku berteriak kesakitan, seolah-olah singa sedang mematahkan tulangku. Kufikir Allah akan mengakhiri hidupku. Suaraku redam dan lemah, aku mengeluh seperti burung merpati. Mataku penat kerana memandang ke langit. Ya Tuhan, selamatkan aku daripada segala kesusahan ini. Apakah yang dapat kukatakan? TUHAN telah melakukannya. Hatiku pedih dan aku tidak dapat lena. Ya Tuhan, aku rela hidup untuk-Mu, dan untuk-Mu sahaja. Sembuhkanlah aku dan biarlah aku hidup.
YESAYA 38:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku menenangkan diriku sampai pagi hari, tetapi seperti singa, demikianlah Dia mematahkan semua tulangku. Dari siang sampai malam Engkau membawaku ke akhir hidupku. Seperti burung layang-layang atau burung bangau, demikianlah aku mencicit. Aku merintih seperti burung merpati, mataku redup kerana terus menengadah. Ya Tuhan, aku tertekan! Jadilah jaminan bagiku! Apakah yang dapat kukatakan? Dia sudah berfirman kepadaku dan Dia sendiri sudah melakukannya. Aku akan berjalan perlahan-lahan sepanjang usia hidupku, kerana kepahitan jiwaku. Ya Tuhan, oleh hal-hal tertentu manusia hidup, dan oleh semua itu pula rohku hidup. Sembuhkanlah aku dan hidupkanlah aku.