YESAYA 30:18-19
YESAYA 30:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Namun TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu. Dia mengasihani kamu kerana Dia Allah yang sentiasa berbuat adil. Berbahagialah mereka yang berharap kepada TUHAN. Kamu yang tinggal di Yerusalem tidak akan menangis lagi. TUHAN berbelas kasihan. Manakala kamu berseru minta tolong kepada-Nya, Dia akan menjawab.
YESAYA 30:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Itulah sebabnya TUHAN menanti-nantikan saat untuk mengasihani kamu, itulah sebabnya Dia bangkit untuk menyayangi kamu, kerana TUHAN sememangnya Allah yang adil. Berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia! Sungguh, wahai rakyat Sion yang tinggal di Yerusalem, kamu tidak akan menangis lagi. Dia pasti mengasihani engkau apabila Dia mendengar suara engkau berseru-seru, dan Dia akan menjawab engkau apabila Dia mendengarnya.