YESAYA 27:2-6
YESAYA 27:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari itu TUHAN akan berfirman tentang ladang anggur-Nya yang indah, “Aku menjaga ladang itu dan selalu menyiramnya. Aku menjaganya siang malam supaya tiada seorang pun dapat mengganggunya. Aku tidak murka lagi terhadap ladang itu. Jika terdapat duri dan belukar di situ, Aku akan membakarnya habis-habis. Tetapi jika musuh umat-Ku menghendaki perlindungan-Ku, biarlah mereka berdamai dengan Aku. Ya, biarlah mereka berdamai dengan Aku.” Pada masa hadapan, umat Israel iaitu keturunan Yakub akan berakar seperti sebatang pokok, dan mereka akan bertunas serta berbunga. Bumi akan dipenuhi buah-buah mereka.
YESAYA 27:2-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada waktu itu akan dikatakan: “Bernyanyilah tentang kebun anggur yang indah! Aku, TUHAN, penjaganya. Aku menyiraminya setiap saat. Aku menjaganya siang dan malam supaya tidak ada yang mengusiknya. Tidak ada murka pada-Ku. Sekiranya ada duri dan onak, Aku akan maju untuk membasminya, Aku akan membakar semuanya. Kalau tidak mahu begitu, biarlah mereka mencari perlindungan daripada-Ku, biarlah mereka mengadakan perdamaian dengan-Ku, ya, biarlah mereka mengadakan perdamaian dengan-Ku.” Pada masa yang akan datang Yakub akan berakar, Israel akan berbunga dan bertunas. Mereka akan memenuhi permukaan bumi dengan buah.