YESAYA 1:18-20
YESAYA 1:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya. Jika kamu mahu taat kepada-Ku, kamu akan menikmati hasil tanah kamu. Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman.”
YESAYA 1:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Marilah kita berperkara,” demikianlah firman TUHAN. “Sekalipun dosa-dosamu seperti kain merah tua, semuanya akan menjadi putih seperti salji; sekalipun merah seperti kesumba, semuanya akan menjadi seperti bulu domba. Jika kamu ikhlas dan taat, kamu akan memakan hasil yang baik dari negeri ini. Tetapi jika kamu menolak dan menderhaka, kamu akan dimakan habis oleh pedang.” Sungguh, TUHAN sendiri telah berfirman.