HOSEA 2:5-7
HOSEA 2:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, Aku akan memagari dia dengan belukar duri dan menutup jalannya dengan tembok. Dia akan mengejar kekasihnya, tetapi tidak akan menyusul mereka. Dia akan mencari mereka, tetapi tidak akan berjumpa dengan mereka. Lalu dia akan berkata, ‘Aku akan pulang kepada suamiku yang pertama; keadaanku dahulu lebih baik daripada sekarang.’ Dia tidak mengakui bahawa Aku yang memberi dia gandum, wain, minyak zaitun, dan segala emas serta perak yang digunakannya untuk menyembah Baal.
HOSEA 2:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ibu mereka telah bersundal, perbuatan dia yang mengandung mereka sememangnya mengaibkan. Katanya, ‘Aku hendak mengikuti kekasih-kekasihku yang menyediakan rotiku dan airku, bulu dombaku dan kain ramiku, minyakku dan minumanku.’ Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memagari jalannya dengan duri dan membangunkan tembok untuk menyekatnya, sehingga dia tidak dapat menemukan jalannya. Dia akan mengejar kekasih-kekasihnya, tetapi tidak dapat menyusul mereka. Dia akan mencari mereka, tetapi tidak dapat menemui mereka. Kemudian dia akan berkata, ‘Aku mahu kembali kepada suamiku yang pertama, kerana dahulu keadaanku lebih baik daripada sekarang.’