HOSEA 11:1-4
HOSEA 11:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Aku mengasihi Israel sejak dia masih kecil; Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir. Tetapi semakin Aku memanggil mereka, semakin mereka menjauhi Aku. Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal; mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala. Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan. Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang; Aku memelihara mereka tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu. Aku mendekatkan mereka dengan penuh kasih sayang. Aku mendukung dan mencium mereka, Aku membongkok dan memberi mereka makan.
HOSEA 11:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila Israel masih kecil, Kukasihi dia. Dari Mesir, Kupanggil anak-Ku. Semakin Kupanggil, semakin jauh mereka pergi. Mereka mempersembahkan korban kepada Baal dan membakar dupa kepada patung-patung ukiran. Akulah yang mengajar Efraim berjalan, dan yang mendukung dia; mereka tidak menyedari Akulah yang menyembuhkan mereka. Aku menarik mereka dengan pertalian manusia, iaitu dengan ikatan kasih. Bagi mereka Aku seperti orang yang mengangkat kuk daripada rahang mereka. Aku berpaling untuk memberi mereka makan.