IBRANI 7:27
IBRANI 7:27 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia tidak seperti imam-imam agung lain, yang setiap hari harus mempersembahkan korban, pertama sekali untuk dosa sendiri dan kemudian untuk dosa umat. Yesus mempersembahkan korban sekali sahaja untuk selama-lamanya, ketika Dia mempersembahkan diri-Nya sendiri sebagai korban.
IBRANI 7:27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ta’usahlah iya sahari hari mŭmpŭrsŭmbahkan korban spŭrti imam yang bŭsar bŭsar itu, pŭrtama tama kŭrna dosanya sŭndiri, dan kumdian kŭrna dosa orang banyak; kŭrna pŭrkara ini tŭlah dipŭrbuatnya pada skali gus, tŭtkala iya mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya sŭndiri.
IBRANI 7:27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Imam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya.