IBRANI 7:23-28
IBRANI 7:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada satu hal lagi: imam-imam lain itu banyak bilangannya kerana mereka mati dan tidak dapat meneruskan tugas. Tetapi Yesus hidup selama-lamanya dan tugas-Nya sebagai imam tidak beralih kepada orang lain. Oleh itu, baik sekarang ataupun selamanya, Dia dapat menyelamatkan orang yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk memohon kepada Allah bagi mereka. Dengan demikian, Yesuslah Imam Agung yang kita perlukan. Dia suci; pada-Nya tidak terdapat kesalahan ataupun dosa. Dia dipisahkan daripada orang berdosa, dan dinaikkan ke tempat yang lebih tinggi daripada langit. Dia tidak seperti imam-imam agung lain, yang setiap hari harus mempersembahkan korban, pertama sekali untuk dosa sendiri dan kemudian untuk dosa umat. Yesus mempersembahkan korban sekali sahaja untuk selama-lamanya, ketika Dia mempersembahkan diri-Nya sendiri sebagai korban. Taurat Musa melantik manusia yang tidak sempurna menjadi imam agung. Tetapi janji Allah yang disertai sumpah dan yang datang kemudian daripada Taurat telah menjadikan Anak, Penyelamat yang sempurna selama-lamanya.
IBRANI 7:23-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbŭnarnya banyak marika itu tŭlah mŭnjadi imam, sŭbab tiada bulih dibiarkan marika itu kŭkal deri kŭrna mati; Akan tŭtapi sŭbab dia ini slalu kŭkal, ada mŭmpunyai pangkat imam yang tiada bŭrubah ubah; Maka sŭbab itulah iya bŭrkwasa juga mŭmbri slamat sampie kasudahannya kapada orang orang yang mŭnghampiri kapada Allah ulihnya, sŭbab adalah iya hidop slama lamanya akan mŭnulong bŭchara akan hal marika itu. Kŭrna imam bŭsar yang dŭmkian itu, layaklah bagie kami sŭbab suchi, dan tiada bŭrsalah, dan tiada bŭrchŭla, dan bŭrlainan iya deripada orang orang bŭrdosa, dan iya tŭlah ditinggikan deripada sagala langit; Maka ta’usahlah iya sahari hari mŭmpŭrsŭmbahkan korban spŭrti imam yang bŭsar bŭsar itu, pŭrtama tama kŭrna dosanya sŭndiri, dan kumdian kŭrna dosa orang banyak; kŭrna pŭrkara ini tŭlah dipŭrbuatnya pada skali gus, tŭtkala iya mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya sŭndiri. Kŭrna tauret itu mŭnjadikan imam imam bŭsar itu orang yang lŭmah tabiatnya: tŭtapi pŭrkataan sumpah itu, yang tŭlah jadi kumdian deri tauret, mŭnjadikan anak laki laki itu imam, yang disampornakan sampie slama lamanya.
IBRANI 7:23-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ramai yang telah menjadi imam itu, kerana kematian menghalang mereka daripada berterusan dalam jawatan. Tetapi Yesus, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah. Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka. Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; Imam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.