IBRANI 7:11-17
IBRANI 7:11-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Imam-imam keturunan Lewi merupakan asas hukum Taurat, yang diberikan kepada umat Israel. Jika apa yang dilakukan imam-imam suku Lewi dahulu itu sempurna, maka tidak perlu ada imam lain seperti Imam Melkisedek, yang bukan keturunan Imam Harun. Apabila ada perubahan dalam keimaman, hukum Taurat pun mesti berubah. Yang dimaksudkan di sini adalah Tuhan kita. Dia daripada suku lain, dan belum pernah seorang pun daripada suku-Nya bertugas sebagai imam. Semua orang tahu bahawa Tuhan kita berasal daripada suku Yehuda; dan Musa tidak pernah menyebut suku itu ketika dia berucap tentang imam-imam. Hal yang dibincangkan itu menjadi lebih jelas sekarang: Seorang imam lain sudah datang, imam seperti Melkisedek. Dia dilantik menjadi imam, tidak menurut hukum atau peraturan manusia, tetapi berdasarkan hidupnya yang berkuasa dan tidak berkesudahan. Di dalam Alkitab tertulis, “Engkau akan menjadi imam selama-lamanya, seperti Imam Melkisedek.”
IBRANI 7:11-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu jikalau kiranya kŭsampornaan itu datangnya deripada pangkat imam katuronan Lewi itu, kŭrna dibawah itu orang Israil tŭlah bŭrulih hukum tauret, maka apakah gunanya imam lain bŭrbangkit pula spŭrti mŭrtabat Malkussedik itu, dan bukannya iya itu dinamai spŭrti mŭrtabat Harun? Kŭrna sŭbab bŭrubahlah pangkat imam itu, maka patutlah hukum tauret itu pun ditukar juga. Kŭrna iya derihal yang dikatakan sagala pŭrkara ini, iya itu adalah tŭrsandar kapada suku yang lain, yang tiada sa’orang pun bŭrkhodmat kapadanya ditŭmpat pŭrsŭmblihan itu. Kŭrna tŭlah nyatalah bahwa Tuhan kita itu tŭlah bŭrbangkit deripada suku Yahuda; maka derihal suku itulah satu pun tiada dikatakan ulih Musa deri hal pangkat imam. Maka tŭrlebih pula lagi kanyataannya, kŭrna spŭrti tauladan Malkussedik, bŭrbangkitlah pula imam yang lain, Yang tŭlah dijadikan, iya itu bukannya mŭnurot tauret deri hal hukum lahir, mŭlainkan iya itu mŭnurot kwasa hayat yang tiada bŭrkaputusan. Kŭrna Allah tŭlah bŭrsaksi katanya, Bahwa angkaulah sa’orang imam slama lamanya spŭrti mŭrtabat Malkussedik.
IBRANI 7:11-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, kalaulah kesempurnaan didapati daripada keimaman Lewi (kerana di bawahnya orang menerima hukum Taurat), mengapakah perlu bangkitnya seorang imam lagi menurut peraturan Melkisedek, yang tidak dipanggil menurut peraturan Harun? Dengan berubahnya keimaman, semestinya berubahlah hukum Taurat. Dia yang disebut berkaitan segala ini datang daripada suku lain, yang belum pernah menghasilkan imam untuk bertugas di mazbah. Jelas bahawa Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam. Jauh lebih jelas lagi jika, seperti Melkisedek, bangkit seorang imam lagi, yang datang bukan menurut perintah berkenaan hal jasmani, tetapi menurut kuasa hidup yang tidak berkesudahan. Tentang Dia, telah disaksikan: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.”