IBRANI 4:1-11

IBRANI 4:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Tetapi sekarang Allah memberikan janji itu kepada kita bahawa kita boleh mendapat rehat yang difirmankan-Nya. Oleh itu biarlah kita berwaspada supaya tidak seorang pun di kalangan kamu gagal mendapat rehat itu. Hal itu demikian, kerana seperti mereka, kita sudah mendengar Berita Baik itu. Mereka mendengar perkhabaran itu, tetapi berita itu tidak berguna bagi mereka, kerana ketika mereka mendengarnya, mereka tidak percaya kepada janji Allah itu. Tetapi kita yang percaya kepada Allah, menerima rehat yang dijanjikan oleh Allah. Hal itu sesuai dengan yang difirmankan-Nya, “Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’ ” Allah berfirman demikian meskipun kerja-Nya telah selesai sejak Dia menciptakan dunia ini. Tentang hari ketujuh, ada tertulis di dalam Alkitab, “Pada hari ketujuh Allah berehat daripada semua kerja-Nya.” Hal itu dikatakan sekali lagi, “Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku.” Mereka yang lebih dahulu mendengar Berita Baik itu, tidak mendapat rehat itu kerana mereka tidak percaya. Jika demikian, ada orang lain yang boleh mendapat rehat itu. Hal ini nyata kerana Allah telah menentukan suatu hari yang lain, yang disebut “Hari Ini.” Allah berfirman tentang hal ini bertahun-tahun kemudian melalui Daud, dalam ayat yang telah dikutip tadi, “Jika pada hari ini kamu mendengar suara Allah, janganlah berkeras kepala.” Sekiranya Yosua sudah memberi mereka rehat yang dijanjikan oleh Allah, tentu Allah tidak akan berfirman lagi tentang suatu hari yang lain. Oleh itu masih ada lagi rehat bagi umat Allah, seperti Allah berehat pada hari yang ketujuh itu. Hal itu demikian kerana sesiapa mendapat rehat yang dijanjikan oleh Allah, akan berehat juga daripada kerjanya sebagaimana Allah berehat daripada kerja-Nya. Oleh itu, marilah kita berusaha sebaik-baiknya untuk mendapat rehat yang dijanjikan oleh Allah. Janganlah seorang pun daripada kita gagal seperti mereka dahulu, kerana tidak percaya kepada Allah.

IBRANI 4:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA sŭbab itu handaklah kiranya kami takot, asal pŭrjanjian yang ditarohkan bagie kami akan masok kadalam pŭrhŭntian itu, jangan barang sa’orang deripada kamu tŭrbantut. Kŭrna khabar yang baik itu tŭlah diajarkan kapada kami ini sama spŭrti kapada orang orang itu, tŭtapi pŭrkataan yang diajarkan itu tiada mŭmbri fiedah kapada marika itu, sŭbab iya tiada bŭrpaut dŭngan iman dalam hati orang orang yang mŭnŭngar itu. Kŭrna kami ini yang tŭlah pŭrchaya, masoklah kadalam pŭrhŭntian itu, spŭrti fŭrman Tuhan, Adapun spŭrti aku tŭlah bŭrsumpah dŭngan morkaku, bahwa tiadalah bulih marika itu masok kadalam pŭrhŭntianku; maka sungguh pun pŭkŭrjaan itu sudah sŭlŭsie deripada kajadian alas dunia ini. Kŭrna fŭrmannya pada suatu tŭmpat lain dŭmkian derihal hari yang katujoh, Adapun Allah tŭlah bŭrhŭnti pada hari yang katujoh deripada sagala pŭkŭrjaannya, Dan lagi pula pada tŭmpat ini, maka tiadalah bulih marika itu masok kadalam pŭrhŭntianku. Sŭbab itu tampaklah skarang, bahwa adalah bŭbrapa orang yang dapat tiada akan masok kadalamnya itu, maka kapada orang orang mula mula yang diajar itu tiadalah masok, ulih sŭbab tiada iya bŭriman. Dan lagi ditŭntukannya satu hari, bŭrfŭrmanlah iya dŭngan mulot Daud, Pada hari ini, kumdian deripada bŭbrapa lamanya; spŭrti dikatakannya, maka pada hari ini jikalau kiranya kamu handak mŭnŭngar swaranya janganlah kraskan hatimu. Kŭrna jikalau Yushua tŭlah mŭmbri pŭrhŭntian kapada marika itu, nŭschaya kumdian deripada itu tiadalah iya mŭnyŭbut akan hari yang lain. Sŭbab itu adalah suatu pŭrhŭntian yang tinggal pada kaum Allah. Kŭrna orang yang tŭlah masok kadalam pŭrhŭntiannya itu, maka iya pun tŭlah bŭrhŭntilah juga deripada pŭkŭrjaannya sŭndiri, spŭrti Allah pun tŭlah bŭrhŭnti deripada pŭkŭrjaannya. Maka sŭbab itu biarlah kami bŭrusaha masok kadalam pŭrhŭntian itu, supaya janganlah barang sa’orang pun tŭrsrandong spŭrti sama tuladan orang yang tiada bŭriman itu.

IBRANI 4:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak. Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka; tetapi firman yang didengar mereka tidak menguntungkan mereka kerana tidak berpadu dengan iman. Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam peristirahatan itu, sebagaimana firman-Nya: “Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, ‘mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku,’ ” walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan. Allah telah berfirman demikian di suatu tempat tentang hari ketujuh: “Dan Allah beristirahat pada hari ketujuh daripada segala pekerjaan-Nya.” Kemudian di sini pula: “Mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku.” Memandangkan sebilangan manusia pasti masuk ke dalam peristirahatan itu, dan mereka yang terlebih dahulu mendengar perkhabaran Injil tidak masuk disebabkan mereka ingkar, maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, “Hari ini,” setelah sekian lama, iaitu: “Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu.” Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain. Oleh itu, masih ada peristirahatan Sabat untuk umat Allah. Orang yang telah masuk ke dalam peristirahatan-Nya juga telah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimana Allah telah berhenti daripada pekerjaan-Nya. Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami