IBRANI 2:9-18
IBRANI 2:9-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati. Memang sudah sepatutnya Allah, yang menciptakan dan memeliharakan segala sesuatu, menjadikan Yesus, penyelamat yang sempurna melalui penderitaan. Dengan demikian Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan Yesus, kerana Yesus itu pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan. Yesus menyucikan manusia daripada dosa mereka. Dia dan mereka yang disucikan-Nya mempunyai satu Bapa. Itulah sebabnya Yesus tidak malu mengakui mereka sebagai saudara-saudara-Nya. Yesus berkata kepada Allah, “Aku akan memberitahu saudara-saudara-Ku tentang Engkau; Aku akan memuji Engkau apabila jemaah beribadat.” Yesus juga berkata, “Aku akan berharap kepada Allah.” Yesus berkata juga, “Inilah Aku bersama-sama anak-anak yang telah diberikan oleh Allah kepada-Ku.” Oleh sebab mereka yang disebut anak-anak adalah manusia yang terdiri daripada darah dan daging, maka Yesus sendiri menjadi seperti mereka dan hidup dalam keadaan manusia. Dia berbuat demikian, supaya dengan kematian-Nya Dia dapat memusnahkan Iblis yang menguasai kematian. Dengan cara itu Dia membebaskan mereka yang seumur hidup diperhamba, kerana takut akan kematian. Nyatalah bahawa bukan malaikat yang ditolong-Nya, tetapi Dia menolong keturunan Abraham. Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan. Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan. Oleh itu, sekarang Dia dapat menolong mereka yang kena cubaan, kerana Dia sendiri pernah dicubai dan menderita.
IBRANI 2:9-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi ada kami tampak Isa itu yang dijadikannya tŭrŭndah sŭdikit deripada mŭliekat mŭliekat, kŭrna mŭrasai maut, tŭlah dimahkotai dŭngan kamuliaan dan hormat, supaya bulih iya dŭngan anugrah Allah patut mŭngŭchap maut kŭrna sagala manusia. Sŭbab layaklah kiranya kapada Allah, kŭrna kapadanyalah sagala sŭsuatu, dan ulihnyalah juga sagala sŭsuatu jadi, akan mŭmbawa bŭbrapa anak anak kapada kamulian, akan mŭnjadikan pŭnghulu slamatnya itu samporna dŭngan sangsara. Kŭrna kaduanya, iya itu, baik yang mŭnyuchikan, dan baik yang disuchikannya itu suatu juga adanya: maka sŭbab itulah tiadalah iya malu mŭnyŭbut marika itu saudaranya, Katanya, Maka aku handak mŭmashorkan namamu kapada sagala saudaraku, pada tŭngah tŭngah sidang jŭmaah pun, aku akan mŭnyanyi pujian bagiemu. Danlagi pula aku akan mŭnarohkan harapku kapada Allah. Danlagi pula tengoklah, aku dan anak anak yang tŭlah dikurniakan Allah kapadaku. Adapun sŭbab anak anak itu bŭrulih pri daging dan darah, maka iya sŭndiri pun tŭlah mŭngambil sama bahgian juga, supaya dŭngan kŭmatiannya dapat dibinasakan akan dia yang ada bŭrkwasa atas maut, iya itu iblis; Sŭrta mŭlŭpaskan orang orang itu yang tŭrta’lok dibawah pŭrhambaan sŭpanjang umornya, sŭbab takotnya akan mati. Kŭrna sŭsungguhnya Isa tiadalah mŭngambil tabiat mŭliekat, mŭlainkan iya mŭngambil akan tabiat bŭnih Ibrahim. Maka sŭbab itu haruslah iya dijadikan sama spŭrti saudara saudaranya atas sagala pŭrkara, supaya iya mŭnjadi imam bŭsar yang murah, lagi sŭtiawan dalam sagala pŭrkara bagie Allah, akan mŭndatangkan pŭrdamiean sŭbab dosa kaum itu. Deri kŭrna iya sŭndiri tŭlah mŭnanggong sŭsangsara, sŭbab iya kŭna pŭrchobaan, maka dapatlah juga ditulongnya akan orang yang dichobai itu.
IBRANI 2:9-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kita melihat Yesus, yang dijadikan rendah sedikit daripada malaikat, dimahkotakan dengan kemuliaan dan kehormatan kerana telah menderita kematian; supaya Dia, dengan kasih kurnia Allah, mengalami kematian untuk setiap manusia. Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dan segala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ramai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Dia menjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurna melalui penderitaan. Dia yang menyucikan dan mereka yang disucikan adalah satu asalnya. Oleh itu, Dia tidak malu memanggil mereka saudara-saudara. Dia berkata: “Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudara-Ku; Di tengah-tengah perhimpunan Aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.” Dan juga: “Aku akan meletakkan kepercayaan-Ku kepada-Nya.” Seterusnya: “Lihatlah, ini Aku dan anak-anak yang telah diberikan Allah kepada-Ku.” Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manusia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melalui kematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian, dan membebaskan mereka yang tertakluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takut mati. Dia tidak memberi pertolongan kepada para malaikat, tetapi Dia memberi pertolongan kepada keturunan Abraham. Dengan demikian, dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untuk menebus dosa umat manusia. Oleh sebab Dia sendiri telah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapat menolong orang yang menghadapi godaan.