IBRANI 2:1-4
IBRANI 2:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya kita harus lebih bersungguh-sungguh berpegang kepada ajaran-ajaran yang sudah kita dengar, supaya kita tidak meninggalkan kepercayaan kita. Perkhabaran yang disampaikan oleh para malaikat kepada nenek moyang kita sudah terbukti benar, dan orang yang tidak menurutinya atau mentaatinya sudah menerima hukuman yang setimpal. Oleh itu, bagaimanakah kita boleh selamat, jika kita tidak mempedulikan penyelamatan yang agung itu? Tuhan sendirilah yang pertama sekali mengisytiharkan penyelamatan itu, dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita. Di samping itu, Allah juga menguatkan kesaksian mereka dengan melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban. Dia juga membahagi-bahagikan pemberian Roh Allah menurut kehendak-Nya sendiri.
IBRANI 2:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu, patutlah kita mŭnaroh ingatan yang lebih yakin atas sagala pŭrkara yang tŭlah kami dŭngar itu, asal jangan kami mŭlŭpaskan dia. Kŭrna jikalau fŭrman yang dikatakan ulih mŭliekat mŭliekat itu tŭgoh adanya, dan tiap tiap kŭsalahan, dan dŭrhaka itu dibalas dŭngan pŭmbalasan yang adil, Maka bŭtapakah kŭlak kami bulih tŭrlŭpas, jikalau kami laliekan akan slamat kŭkal yang sŭbŭsar itu, yang pada mulanya tŭlah dikatakan ulih Tuhan, dan yang ditŭtapkan kapada kami ulih orang orang yang mŭnŭngar akan dia itu; Maka Allah pun mŭnjadi saksi, baik dŭngan alamat alamat, baik dŭngan sagala ajaib, sŭrta dŭngan bŭrbagie bagie mujizat, dan bŭbrapa anugrah deripada Roh Alkudos, mŭnurot kahandaknya.
IBRANI 2:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, kita harus memberikan perhatian yang lebih kepada segala yang telah kita dengar; takut kita hanyut kelak. Jika firman yang disampaikan melalui para malaikat terbukti benar, dan setiap pelanggaran serta keingkaran mendapat balasan yang setimpal, bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Tuhan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya. Allah juga telah memberikan kesaksian dengan pelbagai tanda, keajaiban, mukjizat dan pengurniaan Roh Kudus, menurut kehendak-Nya sendiri.