IBRANI 13:15-16
IBRANI 13:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita. Jangan lupa berbuat baik dan saling menolong, kerana perkara itu seperti korban yang menyenangkan hati Allah.
IBRANI 13:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu dŭngan bŭrkatnya, biarlah kami mŭmpŭrsŭmbahkan korban pujian bagie Allah itu sŭntiasa, iya itulah buah mulot kami mŭnguchap shukor akan namanya, Tŭtapi janganlah kamu lupa akan bŭrbuat baik, sŭrta mŭnyampiekan kŭbajikan, kŭrna korban yang dŭmkian itulah yang direlai Allah sangat.
IBRANI 13:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, melalui-Nya marilah kita terus-menerus mempersembahkan korban iaitu pujian kepada Allah, sebagai buah-buahan hasil bibir kita, sambil bersyukur kepada nama-Nya. Tetapi jangan lupa berbuat baik dan berkongsi, kerana korban demikianlah yang diredai Allah.