IBRANI 13:14-21

IBRANI 13:14-21 Alkitab Berita Baik (BM)

Hal itu demikian, kerana di bumi tidak ada kota yang kekal untuk kita; kita mencari kota yang akan datang. Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita. Jangan lupa berbuat baik dan saling menolong, kerana perkara itu seperti korban yang menyenangkan hati Allah. Taatilah pemimpin kamu dan turutlah perintah mereka. Tanpa mengenal lelah mereka memperhatikan kamu, kerana mereka harus bertanggungjawab kepada Allah bagi pelayanan mereka. Jika kamu taat kepada mereka, mereka dapat bekerja dengan sukacita. Jika tidak, mereka akan bekerja dengan dukacita, dan hal ini tidak berfaedah bagi kamu. Teruslah berdoa untuk kami. Kami yakin bahawa hati nurani kami murni, kerana kami selalu ingin melakukan perkara yang benar. Khasnya aku memohon supaya kamu berdoa agar Allah segera menghantar aku kembali kepada kamu. Allah sudah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian. Oleh sebab kematian-Nya itu, Dia sekarang menjadi Gembala Agung kita, domba-domba-Nya. Kematian-Nya juga mengesahkan perjanjian kekal yang dibuat oleh Allah dengan kita. Semoga Allah sumber kesejahteraan itu melengkapi kamu dengan segala perkara baik yang kamu perlukan untuk melakukan kehendak-Nya. Semoga dengan perantaraan Yesus Kristus, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya dalam hidup kita. Hendaklah Kristus dimuliakan selama-lamanya! Amin.

IBRANI 13:14-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka disini tiadalah bagie kami nŭgri yang tŭtap, mŭlainkan kami mŭncharilah sa’buah yang datang. Maka sŭbab itu dŭngan bŭrkatnya, biarlah kami mŭmpŭrsŭmbahkan korban pujian bagie Allah itu sŭntiasa, iya itulah buah mulot kami mŭnguchap shukor akan namanya, Tŭtapi janganlah kamu lupa akan bŭrbuat baik, sŭrta mŭnyampiekan kŭbajikan, kŭrna korban yang dŭmkian itulah yang direlai Allah sangat. Handaklah kamu mŭnurot akan orang orang yang mŭmrentah kamu, dan tundoklah dirimu kapadanya; kŭrna marika itu mŭnjagai akan jiwamu spŭrti orang yang akan mŭmbri kira kira itu, supaya marika itu bulih bŭrbuat itu dŭngan sukachita, bukannya dŭngan dukachita; kŭrna iya itu tiada mŭndatangkan fiedah bagie kamu. Mintalah doa akan kami, kŭrna kami harap, bahwa adalah kiranya pada kami angan angan hati yang baik, maka dalam sagala pŭrkara, kami bŭrkahandak hidop dŭngan tulos. Tŭtapi kupohonkan kapadamu, tŭrlebih baik buatlah dŭmkian, supaya dŭngan sŭgranya aku bulih dikumbalikan padamu. Maka handaklah kiranya Allah pohon slamat itu, yang tŭlah mŭmbangkitkan Isa Tuhan kami deripada matinya, iya itu gombala bŭsar brgie sagala domba dŭngan bŭrkat darah waad yang kŭkal, Mŭnjadikan kamu samporna dalam sagala pŭrkara yang baik, akan bŭrbuat kahandaknya, sŭrta bŭkŭrja dalammu pŭrkara yang mŭnyukakan sangat pada sŭblah fihaknya dŭngan bŭrkat Isa Almasih; maka kamulianlah kiranya bagienya slama lamanya: Amin.