IBRANI 12:25-29
IBRANI 12:25-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, pastikanlah supaya kamu dengarkan Dia yang berfirman itu. Mereka yang tidak mahu mendengarkan Dia yang datang ke bumi dan menyampaikan berita daripada Allah, tidak dapat menyelamatkan diri. Jika kita meninggalkan Dia yang berfirman dari syurga, pastilah kita tidak akan dapat menyelamatkan diri. Pada masa itu, suara-Nya menggoncangkan bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji, “Sekali lagi bumi akan Aku goncangkan, dan bukan bumi sahaja tetapi langit juga.” Kata-kata “sekali lagi” menunjukkan bahawa seluruh alam yang diciptakan akan digoncangkan dan disingkirkan, supaya apa yang tidak dapat digoncangkan akan tertinggal. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur, kerana kita menerima suatu kerajaan yang tidak dapat digoncangkan. Hendaklah kita bersyukur dan menyembah Allah dengan hormat dan takut, menurut cara yang diperkenankan oleh-Nya, kerana Allah kita seperti api yang memusnahkan.
IBRANI 12:25-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ingat janganlah kamu ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata itu, kŭrna jikalau kiranya tiada tŭrlŭpas marika itu yang ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata diatas bumi ini skalipun, estimewa pula kami kŭlak bulih tŭrlŭpas, jikalau kita bŭrbalik deripadanya yang bŭrkata kata deri dalam shorga. Maka tŭtkala itu swaranya mŭnggrakkan bumi ini, tŭtapi skarang iya tŭlah bŭrjanji, katanya, Bahwa skali lagi tiadalah aku mŭnggrakkan bumi sahja, mŭlainkan langit pun. Adapun pŭrkataan yang skali lagi itu, iya itu mŭnandai derihal bŭrpindahan pŭrkara pŭrkara yang digrakkan, spŭrti pŭrkara yang tŭlah dijadikan, supaya pŭrkara pŭrkara yang tiada digrakkan itupun tinggallah tŭtap adanya. Maka sŭbab itu kami tŭlah mŭndapat satu krajaan yang tiada bulih digrakkan, maka biarlah kami mŭndapat anugrah, supaya dŭngan itu kami bulih bŭrbakti kapada Allah dŭngan pri yang dipŭrkŭnankan, sŭrta dŭngan hormat dan takot akan Allah. Kŭrna Allah kami itu api yang mŭnghanguskan adanya.
IBRANI 12:25-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga. Dulu suara-Nya menggoncang bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji: “Sekali lagi Aku menggoncang bukan sahaja bumi tetapi juga syurga.” “Sekali lagi” ini bermaksud bahawa segala yang digoncang, iaitu semua benda buatan akan dihapuskan manakala segala yang tidak dapat digoncang akan tetap wujud. Oleh sebab kita menerima sebuah kerajaan yang tidak dapat digoncang, biarlah kita mendapat kasih kurnia, kerana dengannya kita dapat beribadat kepada Allah secara yang diredai-Nya, dengan penuh hormat dan takut akan Dia. Allah kita adalah api yang menghanguskan.