IBRANI 12:1-4
IBRANI 12:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Sedangkan bagi kita, di sekeliling kita ada banyak saksi. Oleh itu, marilah kita buang segala halangan yang menghalang kita dan dosa yang berpaut pada kita. Marilah kita tempuh perlumbaan di hadapan kita dengan tekun. Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah. Fikirkanlah betapa beratnya penderitaan yang dialami oleh Yesus, kerana orang berdosa sangat membenci Dia! Oleh itu janganlah berkecil hati dan putus asa. Dalam perjuangan kamu melawan dosa, kamu belum pernah melawan sehingga dibunuh.
IBRANI 12:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN sŭbab tampaknya kita skalian ini ada dikŭpong bŭrkliling dŭngan saksi saksi yang spŭrti awan awan ramienya, maka biarlah kami sŭblahkan sagala kabratan dan dosa, yang mŭnyŭmakkan kami dŭngan mudahnya, maka biarlah kami lari dŭngan sabar pada pŭrlumbaan yang tŭlah ditarohkan dihadapan kami ini, Sŭrta mŭmandanglah kakapada Isa yang pŭrmulaan dan kasudahan iman itu; dan ulih sŭbab kasukaan yang ditarohkan dihadapannya iya tŭlah mŭnanggong salib, dan tiada mŭngindahkan malu, maka iyalah juga yang dudok disŭblah kanan arash Allah. Maka timbanglah ulihmu akan halnya yang tŭlah mŭnanggong sakian pŭrsŭlŭsihan orang orang bŭrdosa yang mŭlawan akan dia, asal jangan jadi pŭnat dan lŭmah hatinya. Maka bŭlomlah kamu mŭlawan sampie kluar darah, tŭtkala bŭrpukol pukolan dŭngan dosa.
IBRANI 12:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah. Fikirkanlah Dia yang tabah menderita apabila orang berdosa memusuhi-Nya, supaya kamu tidak berasa bosan dan tawar hati. Dalam perjuangan melawan dosa, kamu belum lagi bertahan sehingga tumpah darahmu.