IBRANI 11:8-9
IBRANI 11:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun ulih sŭbab iman itu juga, maka Ibrahim apabila iya disuroh kluar pŭrgi kapada suatu tŭmpat yang iya akan mŭmpusakai kŭlak, diturutnya; maka kluarlah iya dŭngan tiada dikŭtahuinya kamana grangan pŭrginya. Dan ulih iman itu juga Ibrahim tŭlah mŭnumpang dalam tanah pŭrjanjian spŭrti dalam sa’buah nŭgri dagang, sŭrta dudoklah iya dalam khemah dŭngan Isahak dan Yakob, warith warith juga dŭngan dia akan sama pŭrjanjian itu
IBRANI 11:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, Abraham mentaati Allah ketika Allah memanggilnya dan menyuruhnya pergi ke negeri yang dijanjikan oleh Allah kepadanya. Abraham meninggalkan negerinya tanpa mengetahui ke mana dia akan pergi. Kerana beriman, Abraham tinggal sebagai orang asing di negeri yang dijanjikan oleh Allah kepadanya. Dia tinggal di khemah dengan Ishak dan Yakub, yang menerima janji yang sama daripada Allah.
IBRANI 11:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi. Melalui iman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti di negeri asing. Dia tinggal di khemah-khemah dengan Ishak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janji itu