IBRANI 11:4
IBRANI 11:4 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, Habel mempersembahkan korban yang lebih baik daripada korban yang dipersembahkan oleh Kain kepada Allah. Dengan imannya itu, Habel diterima oleh Allah sebagai orang yang baik, oleh sebab Allah menerima persembahannya. Kerana imannya itu, Habel masih berkata-kata sampai sekarang, meskipun dia sudah meninggal.
IBRANI 11:4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka deri sŭbab iman itulah juga, Habil tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan kapada Allah suatu korban yang tŭrlebih indah deripada korban Kain, maka deri sŭbabnya itu juga iya tŭlah mŭndapat kanyataan dirinya bŭnar adanya, Allah mŭmbri nyata akan pŭrsŭmbahannya itu: maka deri sŭbab itulah juga sungguh pun iya tŭlah mati akan tŭtapi sŭrasa bŭrkata kata juga iya.
IBRANI 11:4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Habel telah mempersembahkan kepada Allah korban yang lebih baik daripada yang dipersembahkan oleh Kain. Dengan demikian dia mendapat kesaksian bahawa dia seorang yang benar; Allah memberikan kesaksian tentang persembahannya. Oleh itu, setelah Habel mati pun, dia masih berkata-kata.