IBRANI 11:24-27
IBRANI 11:24-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu disebut anak kepada puteri Firaun. Dia memilih untuk menanggung kesusahan bersama umat Allah daripada menikmati nikmat sementara melakukan dosa. Baginya celaan yang ditanggung Kristus lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran. Melalui iman dia meninggalkan Mesir, tanpa takut akan kemurkaan raja; kerana hatinya teguh seolah-olah dia melihat Allah yang tidak mungkin dilihat.
IBRANI 11:24-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, Musa sesudah menjadi dewasa, tidak mahu disebut anak puteri raja Mesir. Musa lebih suka menderita bersama-sama umat Allah daripada menikmati kesenangan hidup berdosa untuk sementara waktu. Musa berpendapat bahawa jauh lebih berharga menanggung hinaan bagi Penyelamat yang diutus oleh Allah daripada mendapat segala harta negeri Mesir, kerana Musa mengharapkan pahala pada masa yang akan datang. Kerana beriman, Musa meninggalkan Mesir tanpa berasa takut akan kemurkaan raja. Musa tidak mahu berpatah balik, kerana seolah-olah dia sudah nampak Allah yang tidak kelihatan itu.
IBRANI 11:24-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Musa sudah akal balih, maka ŭngganlah iya akan disŭbutkan sa’orang anak anak pŭrampuan Firaon. Disukainya rŭmaklah iya mŭnanggong kasukaran bŭrsama sama dŭngan kaum Allah, tŭrlebih deripada bŭrulih kasukaan dosa hingga skutika sahja lamanya; Maka direlainya pula, bahwa kachelaan Almasih yaani tŭrlebih bŭsar kŭkayaannya deripada pŭrbandaharaan diMasir: ulih sŭbab iya tŭlah mŭngŭnangkan balasan fahala itu Adapun deri sŭbab iman itu juga, bahwa Musa mŭninggalkan Masir, dŭngan tiada ditakutinya morka raja itu: kŭrna iya tŭlah mŭnahani dirinya sa’olah olah dipandangnya akan dia yang raib itu.