IBRANI 11:23-26
IBRANI 11:23-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana beriman, ibu bapa Musa menyembunyikan dia selama tiga bulan setelah dia lahir. Mereka melihat bahawa Musa bayi yang comel, dan mereka tidak takut menentang titah raja. Kerana beriman, Musa sesudah menjadi dewasa, tidak mahu disebut anak puteri raja Mesir. Musa lebih suka menderita bersama-sama umat Allah daripada menikmati kesenangan hidup berdosa untuk sementara waktu. Musa berpendapat bahawa jauh lebih berharga menanggung hinaan bagi Penyelamat yang diutus oleh Allah daripada mendapat segala harta negeri Mesir, kerana Musa mengharapkan pahala pada masa yang akan datang.
IBRANI 11:23-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun deri sŭbab iman itu juga, maka tŭtkala Musa dipranakkan, maka iya tŭlah disŭmbunyikan ulih ibu bapanya tiga bulan lamanya, sŭbab dilihat ulih marika itu, iya sa’orang anak yang elok adanya; maka tiadalah marika itu takot akan hukum raja itu. Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Musa sudah akal balih, maka ŭngganlah iya akan disŭbutkan sa’orang anak anak pŭrampuan Firaon. Disukainya rŭmaklah iya mŭnanggong kasukaran bŭrsama sama dŭngan kaum Allah, tŭrlebih deripada bŭrulih kasukaan dosa hingga skutika sahja lamanya; Maka direlainya pula, bahwa kachelaan Almasih yaani tŭrlebih bŭsar kŭkayaannya deripada pŭrbandaharaan diMasir: ulih sŭbab iya tŭlah mŭngŭnangkan balasan fahala itu
IBRANI 11:23-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Melalui iman Musa telah disembunyikan oleh ibu bapanya selama tiga bulan sejak lahirnya, kerana mereka melihat bahawa dia seorang bayi yang berparas istimewa dan mereka tidak takut akan perintah raja. Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu disebut anak kepada puteri Firaun. Dia memilih untuk menanggung kesusahan bersama umat Allah daripada menikmati nikmat sementara melakukan dosa. Baginya celaan yang ditanggung Kristus lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran.